BENTONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula dari 18 hingga 27 April ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata sebanyak 231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau "hotspot" yang mana pemantauan akan ditingkatkan di kawasan terlibat.
"Kalau kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan biasanya pendekatan yang digunakan adalah menempatkan kereta peronda untuk mengadakan rondaan supaya dengan kehadiran pegawai penguat kuasa pemandu akan lebih berhati-hati.
Saya harap pengguna patuh kepada peraturan jalan raya terutama di kawasan Pahang kerana ia merupakan laluan utama ke Pantai Timur dari Lembah Klang dan sudah tentu berjuta kenderaan akan lalu. Selain itu, kita juga akan laksanakan larangan kepada kenderaan berat seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat Baharu JPJ Bentong, di Jalan Chamang, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim.
Sementara itu, Loke memaklumkan selain di daerah ini dua lagi bangunan baharu JPJ sedang dibina iaitu masing-masing di Sarikei, Sarawak dan Muar, Johor.
Menyentuh mengenai pembinaan cawangan baharu JPJ Bentong, Loke ketika berucap berkata ia bertujuan menggantikan pejabat sedia ada yang terletak di Taman Datuk Shah Bandar Hussin, di sini yang telah beroperasi sejak 1983.
Katanya pejabat yang berada di bangunan kedai kini telah daif dan tidak dapat menampung kunjungan orang awam iaitu seramai 180 pelanggan setiap hari atau 50,000 pelanggan setahun.
Justeru, beliau berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan berkonsepkan pejabat pintar di tapak berkeluasan kira-kira 0.6474 hektar dengan peruntukan RM10.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan ia dijangka siap pada April 2025.
Hanya terletak kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Bentong, pejabat baru yang mudah diakses dapat memanfaatkan hampir 120,000 penduduk daerah ini dan masyarakat sekitar selain kakitangan JPJ sendiri.
"Kerajaan sedar bagi memastikan JPJ boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, di samping memperkasakan aspek digital, infrastruktur sewajarnya harus disediakan agar tadbir urus JPJ kekal mantap dan relevan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau "hotspot". - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Op Bersepadu JPJ sempena perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April
231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau "hotspot".
Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan
Op Bersepadu ini akan menggantikan Op Benteng.
Jabatan Imigresen Perak serbu kedai karpet, restoran nasi kandar
Menurut Pengarah Imigresen Negeri Perak, Kamalludin Ismail, sepanjang operasi tiga hari itu, sebanyak 12 premis telah diserbu.